|
BENGKEL PEMANTAPAN PERANAN GPB |
|
Bengkel Pemantapan Peranan Guru Penyelaras Bestari (GPB) Negeri Melaka akan diadakan di Hotel Seri Petaling, Kuala Lumpur pada 9hb hingga 11hb Mei 2012. Bengkel ini bertujuan merangka strategi dan perancangan bagi mencapai matlamat 100% Pembestarian Sekolah bagi tahun 2012 serta 100% sekolah Negeri Melaka mencapai tahap 5 Bintang SSQS 2012. Bengkel ini dirancang khusus untuk GPB Negeri Melaka sebagai menghargai usaha dan komitmen mereka sepanjang tahun 2011. Muat turun maklumat perbengkelan di sini. Bahan Perbengkelan di sini. |
|
|
KAJIAN SET KEMAHIRAN TMK KEBANGSAAN 2012 |
|
Dimaklumkan bahawa KPM akan melaksanakan kajian Set Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi TMK Guru dan Murid Peringkat Kebangsaan bermula pada 9 hingga 20 April 2012. Sekolah--sekolah yang terpilih untuk melaksanakan kajian ini boleh mengakses Borang Kajian Secara Online melalui URL : http://www.moe.edu.my/btp/?page_id=5960 . |
|
|
Kementerian Pelajaran Malaysia akan melaksanakan Projek Perkhidmatan 1BestariNet mulai Januari 2012 ke semua sekolah seluruh negara. Projek ini akan dilaksanakan oleh Syarikat YTL Communications Sdn Bhd.
Semua sekolah dikehendaki memastikan proses pemasangan dan pengujian perkhidmatan adalah mematuhi garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Muat turun Garis Panduan di sini . |
|
|
"BUDI BERTAHUN - SEGUNUNG INTAN" |
|
 Warga BTPN dan PKG Negeri Melaka mengucapkan selamat maju jaya, tahniah dan terima kasih kepada EN DAUD BIN SAMSI yang akan menamatkan perkhidmatan awam kerajaan pada 23 Februari 2012. Kita kehilangan seorang kakitangan yang cemerlang, dedikasi dan bertanggungjawab serta seorang rakan yang memahami dan mesra. |
|
|
10 buah sekolah Negeri Melaka terpilih untuk menerima pemasangan aplikasi Learning Management System (LMS) di bawah RMK-10. Latihan penggunaan LMS tersebut kepada guru-guru Mata Pelajaran Bahasa dan Sains serta Matematik akan dijalankan di BTPN Melaka seperti jadual berikut : Kumpulan 1 : 20 - 24 Februari 2012 - SK Ayer Molek, SK Dato Demang Husin, SJKC Tiang Dua, SK Cheng, SK Bertam Hulu.
Kumpulan 2 : 26 - 30 Mac 2012 - SMK Tun Hj Abd Malek, SMKA Sharifah Rodziah, SMT Bukit Piatu, SMK Tinggi Perempuan, SMK Telok Mas
Galeri Bergambar |
|
|
Tahniah kepada sekolah-sekolah Negeri Melaka yang telah menerima Sijil Pengiktirafan 5-Bintang Penarafan Sekolah Berasaskan SSQS Tahun 2011. Tahap Pembestarian Sekolah (3-Bintang ke atas) : Melaka = 100 % Sekolah Capai 5-Bintang : Melaka = 214 daripada 311 buah sekolah. |
|
|
|
<< Mula < Sebelum 1 2 Selepas > Akhir >>
|
| Keputusan 1 - 7 dari 14 |